Sebuah Dokumentari Tentang parti haluan Kiri Dimalaysia...Perjuangan dan segala jerih Perih yang x dicatat oleh buku teks sejarah buatan UMNO...


Penerangan lebih lanjut di www.10tahun.blogspot.com

x nak cakap lebih2 nnti aku kena gam...ahhh takutnye...hehe


Tapi ade fakta penting yang perlu aku sisipkan untuk pengetahuan semua dan mungkin ilmu yang berguna.




16 september setiap tahun...
Hari ini aku berhartal. Maksudnya dari jam 6 pagi tadi sampai ke 12 tengahmalam nanti, aku ambil bahagian dalam satu tindakan mogok dan general stoppage of work.

Ertinya aku…
…tak keluar bekerja
…tak naik bas
…tak bawa motor
…tak pergi pasar
…tak keluar beli suratkhabar
…tak pergi shopping
…tak beli apa-apa barang
…tak keluar makan
…tak keluar tengok wayang
…tak keluar lepak dengan kawan-kawan
…tak pergi candle-light vigil malam nanti
…tak pergi parti housewarming kawan malam nanti

Aku hanya duduk kat rumah.
Apa tujuan aku berhartal hari ni? Tujuannya sebagai tanda protes membantah tindakan kerajaan menggunakan I.S.A. Jumaat lalu yang menindas dan menakutkan rakyat. Juga sebagai tanda solidariti buat mangsa-mangsa yang ditahan.


Kenapa aku pilih hari ni untuk berhartal? 16 September dipilih kerana siknifikasi hari ni iaitu Hari Malaysia, hari lahirnya Bangsa Malaysia.


Kenapa aku pilih untuk jalankan hartal? Kenapa tak buat benda lain? Sebab hartal ialah satu direct action berbentuk civil disobedience untuk hantar mesej protes terhadap tindakan atau polisi kerajaan yang tidak demokratik dan menindas. Ia satu cara untuk kita rakyat jelata kelas bawah yang takde kuasa/pangkat untuk bergabung tenaga melakukan bantahan dengan cara yang selamat, non-violent dan sukarela.


Adakah hartal ini akan bagi apa-apa kesan? Bayangkan kalau kamu yang tengah baca entry ni pun turut sama berhartal hari ni. Bayangkan kalau semua rakyat jelata yang menentang penindasan dan cintakan demokrasi turut sama berhartal hari ni..jadi fikir fikirkan lah...




download kat sini