Beli buku nie kat sini http://www.ujanailmu.com.my/pd_judul_gerakan.cfm
 

Hari ini merupakan hari bersejarah bagi aku...bagaikan orang yang dibutakan matanya dan setelah berusaha melihat, akhirnya dapat melihat..begitulah rasa gembira dan  teruja aku pada hari ini..detik2 bersejarah tue aku rasmikan dengan lagu “happy” dari carburetordung...band punk rock yang aku minat dari kecik..Pembacaan aku menjadi semakin rancak dengan selingan lagu tersebut..dan pembacaan aku terhenti apabila mendengar bahagian lirik

“Singin’ love song when the world goes wrong,
cause they told me well everything’s all right,
and they  want me stay deaf, dumb and blind,
but there’s  lives a man  upon the street with bottle and no meal,
and now sit a mom with can in hand, she’s singing at my feet..
should i shut my eyes, blind up their cries, and live their upon your knees,
As the world goes around with dollars around, the rich, the strong and the
            Mighty!..."

Aku mula terfikir struggle orang2 bawah akibat sistem kapitalis yang sedang kita agungkan sekarang nih. Bagaimana golongan petani, buruh kasar, dalam konteks buku yang aku baca nih tentang pejuang kemerdekaan yang bertumpah darah untuk kemerdekaan negara akhirnya dilayan seperti anjing dalam negara sendiri..kisah hero yang dilupakan, x salah ungkapan mantan menteri kita dulu tentang “melayu mudah lupa”. Dan ada jugak menteri kita yang memperjuangkan dengan konon mengangkat keris dan berkobar2 dalam persidanagan..persidangan boleh arr cuba pergi perang? Sedangkan pada zaman dulu masyarakat dah bertumpah darah pakai senapang menentang british..british sampai fed-up nak lawan. tapi kisahnya disembunyikan atas alasan politik. Memang dasar dunia, History told by the winners.

Selesai membaca "Gerakan Kiri melayu dalam perjuangan Kemerdekaan", karya Mohamed Salleh Lamry(Penerbit UKM 2006).aku berasa bangga memiliki buku warna merah nie walaupun kat tepi buku tu ada tulisan perpustakaan sultanah zanariah. Aku terbawa bawa semangat nasionalis budak sekolah teknik kuala lumpur yang kini nmenya Utm yang kisahnya dulu bersama sekolah pertanian skrg upm kalau x percaya bukak buku hubungan etnik...jgn bukak buku teks sekolah!  makan masa yang lama untuk aku habiskan buku nie..ada la dalam setahun..DISEBABKAN SIKAP AKU YANG MALAS MEMBACA BUKU..sebab apa yang aku selalu buat kalau esok nk test, hari nie baru aku baca, itu pon baca slide jer ..hasil keputusan berdasarkan luck arr..dah habis tue aku dah lupa..tapi lepas habis baca rasa seronok pulak sejarah malaysia nih macam novel cinta-lah konon! Sebab penulisan buku ni bedasarkan golongan pinggiran dan golongan yang berada di luar arus perdana.
Mungkin ada yang mengatakan aku mengarut..suka cerita ideologilah, sosialislah,komunislah,Marxis, Lenin, Ho chi minh, Mao zedung, che’ Guevara, runtuhan tembok berlin 1989, sekolah malam, revolusioner, militer, Rejimen Ke 10 . Tapi buku nie macam pelengkap dari pengetahuan yang aku tahu secara kutip2. X sangka apa yang aku percaya nie ada kaitan dengan kemerdekaan negara. rupanya orang dulu lebih sedar tentang ideology Marxist..Parti Kebangsaan Melayu Malaya  (PKMM) mengambil pengaruh kemerdekaan Indonesia yang dipelopori oleh soekarno, tan Melaka dan seangkatannya yang berjuang dalam parti komunis Indonesia(PKI)  manakala Parti Komunis Malaya (PKM) yang nyata2 mmg ikut ideologi Marxist.

Ingin tahu aku tentang sejarah malaysia meluap luap berbeza dengan apa yang aku blaja dan hafal utk jwb spm dulu yg silibus pasal malaysia yang membosankan, rupanya cerita perangnya lebih kurang sejarah alfonso de alburque masa mula nk takluk tanah melayu yg punyalah gempak dengan armada bersenjatanya.Sedangkan pada masa tu golongan reaksioner(pemerintah melayu pd masa tu) mengambil peluang dari kesusahan yang golongan kiri perjuangkan yang menyebabkan british kerugian banyak dalam kos peperangan..kalau tidak penentangan hebat revolusioner masakan kita dapat begitu cepat merdeka? Pemahaman aku semakin meningkat tentang Teori Proletariat vs Borjuis dengan reaksioner vs revolusioner dalam situasi masyarakat hari ini.

Huh banyak pulak aku merapek...Buku ni pasal gerakan kiri yang mempunyai bermacam2 persatuan yang antikolonial dan membenci british..peringkat awal buku nie bosan arr..cuma pasal latar belakang parti yang ada..dlm buku nie highlightkan 2 parti iaitu Parti Kebangsaan Melayu Muda (PKMM) dengan Parti Komunis Malaya(PKM). cerita pemberontakan menentang malayan union dengan mengadakan perlembagaan rakyat sebagai alternatif perlembagaan persekutuan, Hartal pada 20 julai dlm buku nie tulis tp dalam 10tahun sebelum merdeka kata 10 oktober..mana satu aku pon x taw tp yg penting ada buat hartal sebagai mogok..ah nie suma korang boleh tgk dokumentari 10 tahun sebelum merdeka yang cerita banyak pasal PKMM nih.yang best pasal PKMM nie ada sayap pemuda yg dipanggil Angkatan Pemuda Insaf (API) testament Merdeka dengan Darah ahamad Boestamam yg berkahwin dengan Shamsiah Fakeh yg ketua angkatan wanita sedar (AWAS)..dlm politik pon ada romantik2 beb..haha tp last2 terus stop pasl undang2 darurat.

Cerita pasal Komunis memakan separuh dari buku nie yang membuatkan buku nie jadi menarik..Rashid Maidin, Chin Peng, Loi Teck, Abdullah c.d sebab nama asal dia cik dat.(ntah kenapa jgn tanya aku), Shamsiah fakeh yg asalnya PKMM.
Cerita macamana strategi komunis yg berideologikan kesamarataan yang berjuang untuk golongan proletariat(golongan pekerja) iaitu golongan petani dan buruh lombong pada masa tu  dengan mogok supaya naik upah, rashid maidin sebagi orang melayu pertama komunis.. Kalau bce cerita perang komunis..panggilan berbeza kepada ahli komunis..ada yang panggil comrade, komrad, dan yang uniknya orang melayu dipanggil kader..yang memeberi istilah yang sama istilah persaudaraan.  

 Cerita Pasal sekolah Marxist Malaya, Rejimen Ke10..masalah komunis perbezaan ideologi yang anti imperialist manakala umno pula probritish..kira umno reaksioner dan pkm nie revolusioner lar..

cerita pengunduran ke selatan thailand yang dibantu oleh orang asli, orang asli pon support komunis beb..sebab dia berjuang menentang kerajaan british yang buat orang asli macam x wujud jer..suka2 dia tarah tanah orang asli korek hasil.. perang yg dibuat strategi militer yang diajar melalui sekolah2 malam dan rejimen2 yg ditubuhkan.. paling menyerlah rejimen ke 10. komunis tak menyerang tentera melayu, hanya serang tentera british sebab musuh dia british, british punya spy pulak sebarkan ketakutan dengan propaganda kat masyarakat yg kata komunis penjahat, ganas, kejam anti-agama yang sampai sekarang kalau aku x baca buku nie memang aku percaya jugak.

Rundingan Baling yang gagal sebab suruh komunis menyerah dan ikut telunjuk british..

Rundingan baling yang gagal yg konon tgk kewibawaan Tunku abdul rahman yang menggunakan peranan komunis sebagai alat tekanan politik kepada british  dan tunjuk bahawa komunis dapat diatasi dengan dia mengadakan perundingan tuh..memang mngambil kesempatan dalam kesempitan! itulah namanya politik..

 Dan seterusnya cerita pada tahun kelahiran aku iaitu 1989, tentang perjanjian perdamaian  pada 2 disember 1989 antara PKM ,Malaysia dengan Thailand.masa pemerintahan Mahathir..ada bagusnya jugak mahathir nih mungkin sifat membacanya jugaklah dia pon tahu kesian..Kampung Perdamaian (nme Thailand: Ban Rattana Kitti) diwujudkan..kesan perjanjian tu, ahli komunis dibenarkan balik ke Malaysia atau memilih untuk tinggal di Thailand kat kampong tu.

tapi kisah derita ahli yang memilih untuk pulang ke Malaysia kerana cemuhan masyarakat terhadap Komunis dan pandangan mereka sebagai pengganas yang masih melekat kat kepala orang2 tua hasil propaganda british untuk menghilangkan kepercayaan rakyat dengan komunis pada waktu dulu..sampai sekarang pon macam tue lagi aku rasa..sebab betullah statistik yg kata orang Malaysia Cuma baca setengah muka dalam masa setahun..selamat aku advance sikit satu buku setahun.

Dan kesimpulannya menyatakan komunisme melayu adalah sesuatu yang real dan bukannya satu yang berbentuk illusory atau retorik. Apa yang penting dalam kesimpulan buku ini menyatakan bahawa pandangan masyarakat terhadap komunis tentang anti agama adalah meleset kerana ahli melayu dalam komunis tidak pernah meninggalkan islam, malah ketika mereka masih terlibat dengan perjuangan senjata apabila keadaan memeungkinakan mereka masih melakukan beberapa ibadat agama.
Penulis juga merungkai pendirian mereka tentang islam dan komunis. Walaupun seperti mana yang terkandung dalam manifesto komunis yang menganggap keperluan agama terlalu lebih dari mencukupi (superfluous) tapi pejuang pejuang komunis melayu tetap menganggap agama untuk panduan kehidupan.Pendirian Haji misbach yang mengatakan “ saya seorang yang mengaku setia pada agama 

Aku cadangkan kerajaan masukkan skali dlam silibus sekolah menengah..sebab nanti ramai-lah penerbit buku untuk  latihan menjawab soalan Spm..kerjanya menjawab soalan spot utk periksa jer nanti tanpa melihat buku lain..hahaha (nada nganjing)..

Mungkin aku keterlaluan dalam mengutarakan pandangan aku dalam bnda nih..Hak utk menerima maklumat, mengutarakan pandangan, kebebasan media.aku menggunakan hak aku dengan sebaiknya..

Dalam proses mencari bahan bacaan lain tentang sejarah kemerdekaan negara mengikut perspektif di luar arus perdana mengoogle buku utk dibaca seterusnya, terjumpalah blog nie..


"Bacalah...bukankah itu firman tertinggi" ulasan penulis blog terhadap 3 buku tokoh kemerdekaan kiri.